TERKINI: 2 Video Paling Jelas Yang Jadi Viral Penampakan Mayat Bergelimpangan Di Madinah Selepas Berlaku Letupan Kuat! Ya Allah Kau Peliharalah Kota Suci Islam Ini. MOHON semua umat Islam berdoa untuk Madinah!


Arab Saudi - Satu letupan telah dilaporkan berlaku di Madinah, berdekatan dengan masjid Nabawi ketika orang Islam di sini sedang berbuka puasa.

Menerusi rakaman video oleh al-Arabiya TV, kelihatan sebuah kereta terbakar yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada kejadian terkait dengan aktiviti keganasan kerana ada laporan yang menyatakan kejadian berpunca dari silinder gas meletup dan laporan lain menyatakan ianya serangan berani mati.

Sumber: viralteruk




Update terkini dari siakapkeli.

DUBAI, United Arab Emirates - Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata empat pengawai keselamatan terbunuh manakala lima cedera dalam kejadian pengeboman berani mati di Madinah baru-baru ini.

Kenyataan ini sekaligus mengesahkan bahawa kejadian letupan di madinah berhampiran masjid Nabawi berkait dengan aktiviti keganasan.

Menurut kenyataan itu lagi, mangsa terbunuh ketika cuba menghalang pengebom itu dari memasuki masjid Nabawi dan cuba meletupkan diri.

Kenyataan menerusi twitter itu turut menyebut, pengebom itu meletupkan diri menggunakan bahan letupan yang diikat di pinggangnya.

Tragedi pengeboman itu merupakan serangan ketiga yang berlaku di Saudi dalam masa 24 jam.

TERKINI: 2 Video Paling Jelas Yang Jadi Viral Penampakan Mayat Bergelimpangan Di Madinah Selepas Berlaku Letupan Kuat! Ya Allah Kau Peliharalah Kota Suci Islam Ini. MOHON semua umat Islam berdoa untuk Madinah! TERKINI: 2 Video Paling Jelas Yang Jadi Viral Penampakan Mayat Bergelimpangan Di Madinah Selepas Berlaku Letupan Kuat! Ya Allah Kau Peliharalah Kota Suci Islam Ini. MOHON semua umat Islam berdoa untuk Madinah! Reviewed by Unknown on 14.53 Rating: 5

Tidak ada komentar:

Diberdayakan oleh Blogger.