Padan Muka! PADAH pengacara TV kantoi 'tangkap' Pokeman ketika live baca berita cuaca, ini yang terjadi kepadanya selepas 5 minit yang amat memalukan
DEMAM Pokemon Go yang berlaku sejak akhir-akhir ini mencetuskan pelbagai insiden suka mahupun duka yang tercetus semenjak permainan dalam talian itu dilancarkan awal bulan lalu.
Aplikasi tersebut mencetuskan fenomena tersendiri dalam kalangan pengguna media sosial malah menjadi kata carian paling popular di Internet, sekali gus mengalahkan rekod untuk carian porno.
Viral di laman sosial baru-baru ini, seorang penyampai segmen cuaca dari stesen televisyen, WTSP Florida, Amerika Syarikat diganggu oleh rakan sekerjanya yang sibuk mencari Pokemon, ketika bersiaran langsung.
Penyampai laporan cuaca, Bobby Deskins yang sedang ke udara secara langsung pada Isnin lalu terkejut apabila rakan sekerjanya, Allison Kropff tiba-tiba muncul di hadapan kamera.
Kropff yang obses menangkap Pokemon dilihat berjalan melepasi studio berkenaan tanpa disedarinya.
Manakala Deskins yang terkejut dengan perbuatan rakannya itu, dia berjaya menangani situasi itu secara profesional dan selamba.
“Dia mencari Pokémon!
“Anda perlu lebih berhati-hati dengan dengan Pokémon ini.
“Anda semua berjalan di merata tempat sesuka hati,” katanya.
Malah Kropff turut memuat naik video lucu tersebut di laman mikro Twitternya dengan kapsyen “saat anda sedari yang anda ketagih Pokemon Go.”
Sumber: mynewshub
Padan Muka! PADAH pengacara TV kantoi 'tangkap' Pokeman ketika live baca berita cuaca, ini yang terjadi kepadanya selepas 5 minit yang amat memalukan
Reviewed by Unknown
on
19.38
Rating:
Tidak ada komentar: