Dah Tunang Rupanya! Ingat lagi Abang Long Fadhil? Beliau dah bertunang khamis lalu pada hari raya ke-2, Inilah foto-foto bakal isterinya yang cun-melecun
BEKAS gangster terkenal Singapura, Abang Long Fadhil kini sah bergelar tunangan kepada seorang gadis berusia 21 tahun dari Pontian, Johor.
Abang Long Fadhil atau nama sebenarnya Muhammad Fadhil Husin, 29, mengikat tali pertunangan pada Khamis lalu iaitu ketika sambutan hari raya kedua.
Pada masa yang sama, Abang Long Fadhil menafikan bahawa gadis bertatu di muka (foto di bawah) yang sebelum ini menjadi viral selepas gambar mereka tersebar di media sosial adalah bakal isterinya.
“Ini baru betul-betul pasangan saya, Insya Allah. Bukan bertatu di muka seperti dituduh orang ramai sebelum ini.
“Doakan saya dan bakal isteri bahagia dunia akhirat. InsyaAllah majlis kenduri diadakan di Pontian sehari selepas bernikah namun tiada majlis dibuat di Singapura,” katanya kepada Sinar Harian.
Majlis pernikahan anggota jemaah Tabligh yang sinonim dengan wajahnya yang bertatu di muka itu dijangka berlangsung pada 7 Ogos ini.
Pasangan ini dikatakan berkenalan secara singkat selepas mereka bertemu pertama kali di sebuah kedai pengurup wang di Pasir Gudang, Johor pada 5 Mei lalu.
Sumber: mynewshub
Dah Tunang Rupanya! Ingat lagi Abang Long Fadhil? Beliau dah bertunang khamis lalu pada hari raya ke-2, Inilah foto-foto bakal isterinya yang cun-melecun
Reviewed by Unknown
on
23.39
Rating:
Tidak ada komentar: