Polis Dedah PUNCA Wanita DITEMBAK MATI Yang Bakal MENGEJUTKAN Ramai Orang Cina !!!




Polis Dedah PUNCA Wanita DITEMBAK MATI Yang Bakal MENGEJUTKAN Ramai Orang Cina !!!
Ejen hartanah wanita yang dibunuh penembak bermotosikal di Taman OUG, disyaki ada kaitan dengan pembabitannya dalam skim piramid mengumpul dana haram (money game).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa yang dipetik Oriental Daily berkata, polis tidak menolak kemungkinan punca kematian wanita itu ada kaitan dengan mangsa dan suaminya yang berusia 39 tahun pernah terbabit dalam ‘money game’.
“Suami mangsa mengaku pernah menjalankan skim piramid kumpul dana haram ketika berada di China dan beliau pulang ke tanah air baru-baru ini selepas meraih keuntungan,” katanya kepada akhbar berbahasa Cina itu.
Tegasnya, yang pasti pasangan itu pernah menjalankan kegiatan mengumpul dana haram tetapi polis tidak pasti jika suami mangsa pernah terbabit dalam kegiatan pelaburan Nanning.
Sehubungan itu, katanya, polis perlu menunggu siasatan lanjut selesai untuk mengetahui motif sebenar pembunuhan mangsa.
Sementara itu, Rusdi berkata, anak perempuan mangsa berusia 8 tahun yang turut terkena tembakan selamat menjalani pembedahan kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mengeluarkan peluru di bahagian kiri dada dekat jantungnya.
Mangsa ditembak mati dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal ketika beliau memandu kenderaan Vellfire bersama lima anaknya dan seorang pembantu rumah melalui Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG kira-kira jam 2.30 petang Rabu.
Mangsa maut di tempat kejadian selepas satu daripada lima das tembakan itu terkena lehernya manakala anak perempuannya yang berada di tempat duduk hadapan penumpang turut cedera dalam kejadian itu.
Sebelum ini, media melaporkan lebih 10,000 rakyat Malaysia terbabit dalam skim pelaburan haram yang berleluasa di Nanning, China manakala puluhan rakyat Malaysia yang ditahan polis China pada Mac lalu kerana menyertai aktiviti haram itu, dibebaskan kerana tiada bukti mencukupi.
Sindiket pelaburan haram itu menyasarkan keturunan Cina dari negara lain dengan alasan pembangunan rancak di China menyebabkan kerajaan negara itu memerlukan modal besar dan pelabur yang terjerat dibawa melawat ‘projek-projek pembangunan’ yang dikatakan disertai mereka di China. KREDIT amazingnarra.
KREDIT:http://bacaviral.com/2016/07/polis-dedah-punca-wanita-ditembak-mati-yang-bakal-mengejutkan-ramai-orang-cina/

Polis Dedah PUNCA Wanita DITEMBAK MATI Yang Bakal MENGEJUTKAN Ramai Orang Cina !!! Polis Dedah PUNCA Wanita DITEMBAK MATI Yang Bakal MENGEJUTKAN Ramai Orang Cina !!! Reviewed by Unknown on 18.04 Rating: 5

Tidak ada komentar:

Diberdayakan oleh Blogger.